1 Julai 1983 - 17 April 2010
Hari ini genap sudah 5 tahun pemergian allahyarham Achik Spin atau nama sebenarnya Abdillah Murad b. Md Shari
Penyanyi yang cukup popular pada zaman 2000-an .
Arwah Achik yang sering bersama rakan duetnya malah sahabat ketika zaman remajanya, Siti Nordiana
Arwah juga seorang suami kepada Suriani Tasha Maarof.
Anaknya Putri Nur Saffiya berusia 8 tahun dan Putri Nur Sumayya berusia 6 tahun adalah harta yang paling berharga dan tak ternilai buat isterinya daripada arwah Achik.
Bahagia buat mereka yang bertemu cinta yang teragung..
Yang membawa ke syurga hakiki dan abadi..
Mimy tak tahu nak cakap apa lagi , dengan itu Mimy ada buat satu video tentang Arwah Achik yang bertemakan lakonan yang pernah beliau lakonkan sepanjang hidup dari tahun 2002 sehingga 2005.
Lakonan pertama dimulai dengan Telemovie Demi yang membawa watak sebagai Achik pada tahun 2002, diikuti telemovie Helah gandingan bersama Siti Nordiana dan Syura. Arwah Achik memegang watak Remy manakala Siti Nordiana sebagai Nani dan Syura sebagai Mira. Meningkat pada tahun 2003, Arwah Achik telah ditawarkan untuk berlakon filem daripada penerbit Tayangan Unggul yang berjudul Diari Romeo, membawa watak sebagai Dani. Kemudian lakonan dalam telemovie Prahara sekali lagi gandingan bersama Siti Nordiana, memegang watak mengikut nama masing-masing. Achik sebagai Achik , Siti Nordiana sebagai Nana dan pada masa yang sama mereka telah menerbitkan album duetnya yang berjudul Istimewa Untukmu. Album tersebut mendapat jualan yang paling tinggi kerana lagu Paling Comel adalah lagu paling top pada masa itu.
Bergadingan dengan Syura pula dalam telemovie Pelakon Popular, Arwah Achik watak sebagai Azman dan merupakan penampilan khas dalam telemovie tersebut. Pada tahun 2004, lakonan seterusnya adalah Wad 04 dan sekali lagi bersama Siti Nordiana dan Syura. Memegang watak sebagai Dr.Riezman, seorang doktor yang disukai oleh nurse Maria lakonan Syura namun akhirnya berkahwin dengan nurse bernama Fina lakonan Siti Nordiana. Ketika inilah Novel Autobiografi Pelangi Jiwa Achik dan Nana dikeluarkan. Seterusnya lakonan terakhir Arwah Achik adalah drama Sifu yang ditayangkan di televisyen sahaja. Arwah membawa watak sebagai Alif pada tahun 2005.
Nak tengok video tu?
Video Editing by ME (Mimy Eyda)
Selamat menonton.
bagi yang tak dapat nak tengok, jangan risau... Mimy ada upload kat fb Mimy Eyda serta dalam account Youtube milik Mimy..
Tu dia.. Selain itu , Siti Nordiana pun ada meluahkan rasa kehilangan rakan duetnya di fb mahupun di instagram miliknya... Bukan setakat Siti Nordiana je malah Media Hiburan pun turut sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah.. Semoga Rohmu dicucuri RahmatNya. Amin
Siti Nordiana yang sepi tanpa teman duet mahupun teman sejati, kini beliau bergerak solo.
Harap Kak Nana dan Kak Tasha tabah menghadapi dugaan Allah, pasti ada hikmah.
"Ayah, kenapa orang yang baik selalu pergi(meninggal) awal?", kata seorang anak kepada ayahnya.
"Wahai Anakku, sekiranya engkau berada ditaman.. Bunga yang manakah engkau akan petik?"
"Bunga yang paling cantik, ayah"
Al-fatihah, semoga dikau tenang dialam sana bersama anak kesayanganmu , Putri Rania binti Abdillah Murad
Amin Ya Rabb Al Amin
Sekian, Assalamualaikum
CikMimmyy
No comments :
Post a Comment
Nak Komen?
Silakan..