Copyright@CikMimmyyBolaApi

Friday, 27 February 2015

"Hi Tea bersama SPIN ! "

Hai.. Assalamualaikum...
Apa khabar?
Amboi, Lama betul CikMimmyy tak update blog nie...Pergi mana yaa?
Ni jawapannya...
"Maaf ye semua, sejak kebelakangan ni busy je memanjang. Nak update pun payah.. Tu pun terpaksa curi masa. Mesti ramai yang tertunggu-tunggu kan, terutama golongan SPINIANS.. Haa , tak apa lah.. sekarang ni dah ada masa sikit... Nie ada satu berita gempar dan menarik semua. Kalau semua nak baca pun boleh. hehehe.."

Baiklah, berita apa tu..? Jeng jeng jeng... ni berkaitan dengan SPINIANS & SPIN la.. Ermm... mesti gempak ni.. Of course! Okay-okay.. Jom!

Bagi golongan peminat, tak kisah lah minat apa-apa perkara kan dalam setiap hiburan.. Bila sebut perkataan EVENT ataupun HI TEA, mesti fans club akan buat satu perancangan kan? Mesti terbeliak mata nak tahu tentang ni dengan lebih mendalam kan? Hah! nak tahu, KUMPULAN SPIN PUN ADA BUAT JUGAK!.. hehehe.. Jom ke bawah...


Pengumuman !

Hi Tea "Santai bersama SPIN" akan berlangsung pada 18 April 2015 bertempat di The Hectic Cafe, Plaza Pekeliling jam 2.30 - 5.00 petang.Sambil berhibur dengan persembahan akustika dari SPIN bersama vokalis baru sambil-sambil tu dpt beramah mesra sesama sendiri. Pas masuk berharga RM60/pax untuk dewasa dan RM10/pax untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun termasuk jamuan ringan dan hidangan signature dari The Hectic Cafe.Sila hubungi pihak pengurusan SPIN menerusi page Kumpulan Spin untuk menempah pas masuk. Terhad kepada 50-80 orang sahaja.
Jom jom....
Ceriakan hari anda...Yeahhh! 


Haa! dah nampak kan? Siapa kat sini yang peminat kumpulan Spin, ni berita menarik.. Siapa yang tak nak? Woo.. lepak santai dengan artis.. Wahh! haha..
Ehh, nanti ada yang pening pulak. Okay Mimy asingkan satu persatu.

Hi Tea "Santai bersama SPIN"

Tarikh : 18 April 2015 (Sabtu)

Tempat: The Hectic Cafe, Plaza Pekeliling Kuala Lumpur

Masa; 2.30 petang - 5.00 petang

Bayaran : Rm60/pax (dewasa) & Rm10/pax (kanak-kanak)

TERHAD 50-80 ORANG SAHAJA 

Okay, selain lepak santai apa lagi aktiviti yang ada? Jualan merchandise SPIN pun ada. Tahu tak merchandise  tu apa? Merchandise ni barang dagangan SPIN kalau dalam Bahasa Melayu. Kalau Bahasa pasar? Orang panggil jualan barang koleksi SPIN.. Jangan keliru pulak, SPIN tu nama khas. hanya khas untuk peminat je la. Macam jual Topi SPIN, Baju Tshirt SPIN, Macam-macam la kat sana yang ada.. Kang nanti ada yang pergi kedai baju, cari baju SPIN la, kedai topi cari topi SPIN la. Tak da tak da.. ni memang khas, tak jual mana-mana kedai. Maybe...

Orait, selain itu ada aktiviti apa? Adalah aktiviti tu, tapi kalau nak tahu meh la datang event ni. RM60 satu kepala, kalau tambah anak-anak kecil *(yang ada)*, RM10 untuk satu kepala. Ada jugak yang tertanya-tanya, macam mana nak bayar? Okay, pergi je kat fanpage Kumpulan SPIN , Private message with manager SPIN, and then booking dulu untuk mendapat tempat dan dia akan terangkan bagaimana nak bayar. Dan selepas bayar tu nanti dia akan bagi number code *(Mimy tak tahu lah, nanti berurusan lah dengan dia)*

Maybe ada yang tak jumpa fanpage SPIN yang original, mari sini Mimy tunjukkan .. di Facebook yaa..


 Okay , tu fanpage rasmi SPIN.. segala berita memang akan disampaikan ke sana.. Tapi mungkin ada yang tak tahu, tulis je la kat blog ni.. Hehehe... Kemungkinan.. 
Berurusan je dgn manager SPIN ni, nanti dia akan terangkan segala-galanya..

Jikalau event di Kuala Lumpur nie mendapat sambutan yang sangat tinggi, Insyallah, SPIN akan buat di luar kawasan Kuala Lumpur. jadi yang berada di jauh-jauh jangan risau, SPIN ada kat mana-mana je dan ia akan penuhi semua permintaan peminat, Insyallah jika mampu.. Hehe..

Okay, rasanya ada lagi ke berita? Apa pun nanti pergi je kat fanpage tu kalau nak tahu lebih lanjut ye.. hehe.. Apa-apa berita nanti Mimy update lagi ye..
Dan apa yang pasti ialah..

SIAPA CEPAT DIA DAPAT !


Hehehe... Semoga jumpa lagi
Assalamualaikum...
CikMimmyy, SPINIANS

2 comments :

  1. Thanks Cik Mimy Sebab Promote SPIN Di Blog Mimi...We All Really Appreciated. :) - Admin Kumpulan SPIN

    ReplyDelete
  2. knal akak tak dik ? hehe . akak singgah n follow blog dik mimy .

    ReplyDelete

Nak Komen?
Silakan..