Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakattuh.
Selamat Sejahtera..
Di sini , Mimy menulis cerpen pendek untuk tatapan semua..
Selamat Sejahtera..
Di sini , Mimy menulis cerpen pendek untuk tatapan semua..
MERENUNG sejenak
ke langit, hembusan angin malam yang dingin. Dia duduk dipenjuru tingkap untuk
mencari satu ketenangan buat dirinya. Perasaannya yang gundah gulana, pilu
keresahan.
“Esya?”, sapa Wawa
merupakan sahabat sebilik Esya.
“Ye?”, Esya tersenyum
manis.
“Engkau kenapa asyik
termenung je? Ada masalah ke? Satu hari aku tengok kau asyik mengelamun
memanjang. Kau fikir apa? Boyfriend ke? Hehehe..”, usik Wawa.
“Tak ada lah. Aku ada boyfriend ke? Kau ni.. Entah lah aku pun
tak tahu. Aku nak berseorangan diri je, sorry
la menyusahkan kau asyik fikirkan aku je”
“Mana tahu kan?..
hehe.. Risau lah aku kawan kau, asyik diam je. Ceria lah sikit, barulah nampak happy. Ermm.. okay lah , aku nak masuk tidur ni.. mengantuk sangat. Lewat dah ni.. see you tomorrow..
assalamualaikum.. good night”, ucap
Wawa sebelum menarik selimut membalut dirinya.
Esya tahu kawannya
sememenagnya ambil berat tentang dirinya. Dia bersyukur ke hadrat Ilahi kerana
kurniakan sahabat yang sebegini. Semua manusia hatinya suci, bersih, tapi
kenapa ada sahaja manusia yang berhati kotor? Yang sanggup hancurkan hatinya
seperti menghempas kaca ke batu, sukar untuk mencantumkannya. Kenapa? Hatinya
yang luka dua tahun lalu masih belum diubati. Sering bermain-main difikirannya
sehingga sekarang. Hanya Allah SWT yang tahu segalanya.
*****
“ADIK
ingat tak dulu first time kita jumpa?
Tak sangka ketentuan Ilahi kan, pertemuan kita dulu bagai bunga mengembang
besar. Masa tu adik yang bertemu dengan kakak sebab minta tolong kan? Kakak
ikhlas membantu, tak sangka boleh jadi hubungan silaturrahim. Akak harap ukhwah
kita sampai bila-bila”, bicara Esya di depan Azim.
“Ye kak, tapi
kadang-kadang pertemuan tu ada kalanya kita akan berpisah. Sedar tak sedar
Allah dah pisahkan kita. Takkan kita nak tolak takdir Allah, kak?”
Azim memandang wajah
Esya dengan penuh rasa menyampah. Azim tidak tahu apa yang membuatkan dia rasa
muak dengan Esya. Mungkin sebab sikap Esya yang suka mengongkong hidup Azim? Mereka berhubungan adik-beradik angkat sejak
di bangku sekolah. Azim berada di tingkatan 1 manakala Esya di tingkatan 3.
Tanpa disedari, sudah 4 tahun lamanya mereka jalinkan ukhwah ini, tapi dapatkah
ia kekal selamanya?
Disebabkan paras rupa,
Esya mengambil Azim sebagai adik angkatnya. Disebabkan nafsunya, dia menjadikan
Azim sebagai orang istimewa dalam hidupnya. Tapi kenapa pada akhirnya mereka
saling bersikap dingin? Apakah sebabnya?
“Akak tahu.. tapi kalau
boleh jangan lupakan akak di sini. Akak selalu rindukan Azim. Azim jarang
mempunyai waktu untuk berjumpa dengan kakak”.
“Kenapa perlu jumpa
hari-hari kak? Akak tak rimas ke? Kalau Azim pun Azim rimas... asyik nak tengok muka sama je..Azim ada hal yang nak dibuat, kakak pun ada
hal sendiri. Bukan setiap masa nak jumpa kakak... sendiri punya kerja lah.. Kalau jumpa untuk perkara tak penting lebih baik tak payah kak”, herdik Azim secara tiba-tiba
“Kenapa azim cakap
macam tu dengan kakak? Apa salah kakak? Salah ke kalau kakak nak ambil berat
tentang Azim? Kakak tahu macam mana tanggungjawabnya sebagai seorang kakak,
sebab tu kakak nak jumpa Azim”
“Ambil berat? Setiap masa? Hah! Setiap masa ke? Kakak Azim kat rumah tu tak ada nak perangai macam kakak.. kakak yang syok sendiri. Kakak
tahu kan yang kakak ni cuma kakak angkat je, bukan kakak kandung Azim! Jadi tak
payah lah nak kongkong sangat hidup Azim, rimas tahu!”, tiba-tiba Azim berubah
sikap.
Esya terkejut. Azim
bangun dari tempat duduknya terus meninggalkan Esya. Hati Esya sakit sangat,
sampai hati Azim berkata macam tu padanya. Airmata Esya jatuh laju membasahi
pipinya kerana sikapnya adiknya. Dia tak sangka yang adiknya akan bersikap
sebegini rupa.
"Kenapa dengan Azim? Kenapa dia cakap macam tu kat aku?", Esya bermonolog sambil menangis
Orang sekeliling tidak
perasan dengan keadaan Esya. Wawa yang ternampak sahabatnya menangis disana
lalu mendekatinya. Wawa pelik.
“Esya? Esya… kau kenapa
ni? Kenapa kau nangis?”
“Wa…. Adik aku wa…..”
“Kenapa dengan adik
kau?”
“Adik aku… Azim…..”
“Kenapa dengan Azim?
Cakap lah..”
“Wa… kenapa dia
tinggalkan aku? Sampai hati dia cakap macam tu kat aku.. apa salah aku? Aku kakak
yang tak sempurna baginya ke?…”, Esya terus menangis.
“Dah lah.. Jom kita
balik ke bilik.. Cerita kat sana, malu orang nampak..”, Esya dipimpin oleh Wawa
pergi ke bilik mereka dimana terletak di sebuah universiti mereka belajar.
Mereka belajar di
tempat yang sama, iaitu di Universiti Tekonolgi Mara Shah Alam , bilik yang
sama tetapi kelas yang berlainan. Wawa selalu menjadi teman setia Esya
sekiranya dilanda masalah. Esya selalu menceritakan masalahnya untuk meluahkan
perasaannya, sama seperti Wawa.
Setiba di depan pintu
biliknya, Esya tidak dapat menahan rasa sakitnya hati itu. Wawa cuba untuk
menenangkan Esya.
“Sudah lah.. lupakan
je. Tak guna jugak kau asyik fikirkan dia… aku tak nak tengok kau ni asyik
nangis je, aku yang susah yang tenangkan kau..”, Wawa simpati.
“Wa.. kau tak rasa apa
yang aku rasa. Dia adik yang aku sayang… sayangnya diri aku terhadap dia dari
dalam lubuk hati aku. Aku sayang dia… aku anggap dia adik kandung aku.. Aku tak
faham kenapa dia berubah sikap? Selangkah dia pergi tinggalkan aku begitu je? Apa aku dah buat pada dia?”
“Hmm… dah la Esya,
mungkin angin dia tak baik… mungkin dia tengah stress sebab banyak kerja.. usah lah kau fikirkan. Esok-esok
lah kau jumpa dia, bawa bincang elok-elok, okay? Dah, sekarang kau rehat dulu…
Tenangkan fikiran kau ye. Aku nak ke dapur buatkan air untuk kau”.
"Tapi kenapa dia bersikap macam tu? Aku jadi terasa dengan sikapnya.. selama ini tidak pernah pun", Esya mempertahankan diri.
"Dah lah... tak payah fikir sangat. Aku nak ke dapur", halang Wawa untuk Esya mencerita lebih. Dia tak mahu Esya terus salahkan dirinya sendiri.
Wawa mengangkat
punggung terus menuju ke dapur untuk bancuh air Milo panas. Semasa mebancuh
air, Wawa terdengar satu bunyi kaca kuat. Wawa terus menuju ke bilik Esya,
terlihat tangan Esya dipenuhi darah.
“Esya! Kenapa ni?!”,
Wawa menjerit
Apa yang belaku pada
Esya?
BERSAMBUNG...
No comments :
Post a Comment
Nak Komen?
Silakan..