Assalamualaikum....
Salam Sejahtera... Salam Satu Malaysia..
Hehe..
Okay, Ermm... kat sini Mimy ada perkara lah ingin ceritakan... Ermm... perancangan cuti sekolah? Aktiviti waktu lapang? Okay, Mimy nie hobi suka mengarang... ye, suatu hari nanti Mimy nak hasilkan sebuah antologi.. Itupun kalau semua tahu antologi tu apa.. Insyallah lah nak buat suatu kisah atau cerita dalam sebuah buku... Apa-apa je la. Hobi kan... Apa benda lah Mimy merepek ni... Hehehe...
Baiklah, sebenarnya sesaja je nak menulis blog ni... Ceritanya, Mimy nak hasilkan novel.. tapi kekadang terfikir juga berapa lama masa nak ambil utuk penghasilan ni? Mimy akui memang minat dalam bidang penulisan , sastera.. Lagipun dah ada idea untuk buat novel.. tajuk dah ada, jalan cerita pun dah cipta... cuma nak fikir nama watak dan perwatakan tu sukar sikit... Selain itu, kena tahu setiap plot untuk cerita, tambah lagi pengajaran untuk masukkan dalam novel tu.. Hermm... Cuba dulu la, tapi tak share dalam blog lah.. bukan tak nak kongsi, takut nanti ada yang ciplak! Haa.. penat-penat perah otak, suka-suka nak ambil... Usaha! So, hanya dalam simpanan peribadi.
Kalau Mimy nak buat cerpen , ada tak sesiapa yang nak baca? Ala... cerpen ni pendek je, macam kita tengok drama pendek.. Haa tu dalam tv la.. tapi cerpen ni dalam penulisan, tapi pengajaran banyak la boleh jadikan iktibar dalam kehidupan kita.. Macam-macam lah pengajaran kita akan dapat. Pendeknya tu boleh dikira seumpama setengah daripada tebalnya novel. Itu cerpen la. Ada yang nak baca? Kalau ada, Mimy boleh je nak kongsikan, untuk isi masa lapang semua kan. Kalau tak ada, karang je la untuk isi masa lapang Mimy.. Hehe...
Puisi? Mimy dah banyak kali suka buat ayat-ayat pujangga ni... Alahai , tak memikat pun hati semua. Sesaja je nak asah bakat, kalau ada.. hekhekhek.. Kalau belakang parang diasah lagi tajam kan. Tapi bagi Mimy semua pandai. Yang tak pandai adalah orang yang paling malas, malas kenapa? Malas hendak menuntut ilmu. Ilmu berada dimana-mana tapi adakah mereka saling berkejar-kejaran untuk dapatkannya? Kalau orang malas macam mana keadaannya? Nak seribu daya, tak hendak seribu dalih.. Jadi, orang lain dah dapat apa yang mereka inginkan sedangkan dia? Hanya terbiar disitu? sebab itu lah usaha tangga kejayaan.
Mimy memang minat bidang sastera, macam Mimy cerita atas tadi.. Mimy ni jenis suka mengolah suatu cerita. Cerita atau kisah digabungkan dan diolah menjadi sebuah cerita yang baru serta dipenuhi dengan pelbagai pengajaran atau nilai murni. Kalau nak ikutkan cerita sekarang pun ada nilai-nilai murni, mereka semuanya hebat-hebat. Jadi Mimy ingin ambil peluang untuk menjadi seperti mereka. tapi bagaimana? Timba lah ilmu daripada orang-orang atasan.. Ada orang menimba ilmu dengan menggunakan teknik sendiri. Dia mencari, menjelajah, merantau demi ilmu yang dicari.. Hurmm, hebatkan? Allah jadikan kita atas dunia adalah kerana ingin beribadat kepadaNya serta mencari ilmu yang ada diatas bumi Allah untuk akhirat. Ilmu semuanya datang daripada Allah SWT. Tak kisah lah ilmu matematik, sains, teknologi, geografi.. semuanya milik Allah SWT. Kita sebagai hambaNya hanya mencari dan menuntut ilmu pengetahuan untuk diri kita dan di akhirat kelak. Insyallah.
Hermm... baiklah, sudah sampai ke penghujungnya, jika ada masa nanti Mimy akan karang sebuah cerpen untuk perkongsian semua orang. Mungkin dalam masa 1,2 hari akan siap kot... tengok keadaan la macam mana.. hehe.. Dalam masa yang sama insyallah doakan Mimy semoga lancar untuk hasilkan novel pulak ye... hehehehe...
Dua tiga kucing berlari,
Mana nak sama si kucing belang,
Izinkan Mimy undurkan diri,
Salah dan silap harap maafkan.
Bye, Jumpa Lagi
Assalamualaikum...
CikMimmyy, SPINIANS
No comments :
Post a Comment
Nak Komen?
Silakan..