Copyright@CikMimmyyBolaApi

Friday, 27 February 2015

"Hi Tea bersama SPIN ! "

Hai.. Assalamualaikum...
Apa khabar?
Amboi, Lama betul CikMimmyy tak update blog nie...Pergi mana yaa?
Ni jawapannya...
"Maaf ye semua, sejak kebelakangan ni busy je memanjang. Nak update pun payah.. Tu pun terpaksa curi masa. Mesti ramai yang tertunggu-tunggu kan, terutama golongan SPINIANS.. Haa , tak apa lah.. sekarang ni dah ada masa sikit... Nie ada satu berita gempar dan menarik semua. Kalau semua nak baca pun boleh. hehehe.."

Baiklah, berita apa tu..? Jeng jeng jeng... ni berkaitan dengan SPINIANS & SPIN la.. Ermm... mesti gempak ni.. Of course! Okay-okay.. Jom!

Bagi golongan peminat, tak kisah lah minat apa-apa perkara kan dalam setiap hiburan.. Bila sebut perkataan EVENT ataupun HI TEA, mesti fans club akan buat satu perancangan kan? Mesti terbeliak mata nak tahu tentang ni dengan lebih mendalam kan? Hah! nak tahu, KUMPULAN SPIN PUN ADA BUAT JUGAK!.. hehehe.. Jom ke bawah...

Friday, 6 February 2015

Cerpen : Dambaan Kasih (part 1)

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakattuh.
Selamat Sejahtera..


Di sini , Mimy menulis cerpen pendek untuk tatapan semua.. 

Monday, 2 February 2015

Cerpen? Novel? Puisi? Sastera........


Assalamualaikum....
Salam Sejahtera... Salam Satu Malaysia..
Hehe..

Okay, Ermm... kat sini Mimy ada perkara lah ingin ceritakan... Ermm... perancangan cuti sekolah? Aktiviti waktu lapang? Okay, Mimy nie hobi suka mengarang... ye, suatu hari nanti Mimy nak hasilkan sebuah antologi.. Itupun kalau semua tahu antologi tu apa.. Insyallah lah nak buat suatu kisah atau cerita dalam sebuah buku... Apa-apa je la. Hobi kan... Apa benda lah Mimy merepek ni... Hehehe...

Baiklah, sebenarnya sesaja je nak menulis blog ni... Ceritanya, Mimy nak hasilkan novel.. tapi kekadang terfikir juga berapa lama masa nak ambil utuk penghasilan ni? Mimy akui memang minat dalam bidang penulisan , sastera.. Lagipun dah ada idea untuk buat novel.. tajuk dah ada, jalan cerita pun dah cipta... cuma nak fikir nama watak dan perwatakan tu sukar sikit... Selain itu, kena tahu setiap plot untuk cerita, tambah lagi pengajaran untuk masukkan dalam novel tu.. Hermm... Cuba dulu la, tapi tak share dalam blog lah.. bukan tak nak kongsi, takut nanti ada yang ciplak! Haa.. penat-penat perah otak, suka-suka nak ambil... Usaha! So, hanya dalam simpanan peribadi.

Kalau Mimy nak buat cerpen , ada tak sesiapa yang nak baca? Ala... cerpen ni pendek je, macam kita tengok drama pendek.. Haa tu dalam tv la.. tapi cerpen ni dalam penulisan, tapi pengajaran banyak la boleh jadikan iktibar dalam kehidupan kita.. Macam-macam lah pengajaran kita akan dapat. Pendeknya tu boleh dikira seumpama setengah daripada tebalnya novel. Itu cerpen la. Ada yang nak baca? Kalau ada, Mimy boleh je nak kongsikan, untuk isi masa lapang semua kan. Kalau tak ada, karang je la untuk isi masa lapang Mimy.. Hehe...